Friday, April 24, 2009

Nafsu vs taat+sabar


Jika nafsu seseorang cenderung kepada taat
tidak terpaut oleh hiruk pikuk maksiat
dan di ikuti pula anggota badan berbuat
semua itu adalah permberian dan nikmat
kemuliaan menghadangnya di Darul Kulud
saat dipotong ponok orang membuat maksiat


semalan kau lewat sebagai saksi yang adil
hari ini juga menyaksikan perbuatanmu
jika semalam kau berbuat buruk
lipatkanlah kini dengan kebaikan,
engkau terpuji
jangan kau tunda perbuatan baikmu sampai esok
barangkali esok akan datang
tetapi engkau telah tiada telah
kau lakukan dosa kau inginkan
kau tunda juga taubatmu di masa datang
sedang mati datang di saat tiada di duga
itu bukan perbuatan orang yang berakal



siapa sabar atas bala
sampailah ia terpenuhi
tidak perlulah engkau bersedih
jika dunia menawarkan kemerlapannya
maka sabar terhadapnya
alamat kebaikan dan warak
patahkan nafsu selalu
kan kau dapat apa yang kau ingini


sabar itu kunci cita-cita
selalu menolong tiada hentinya
sabarlah meskipun panjang beberapa malam
barangkali kedukaan bertukar kepada kesukaan

barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
yang tidak mungkin itu tidaklah ada
sabar itu tali iman yang terkuat
benteng pertahanan dari tipu syaitan
sabar punya akibat terpuji
akibat tergesa-gesa adalah rugi

jika kau bertemu saat menyedihkan

itu biasa tabiat zaman
kenakan baju kesabaran


Monday, April 13, 2009

Hidup beri 1001 macam Pengalaman

kehidupan banyak mengajar sesuatu yg baru, namun bukan semua sedar bahawa pengalaman baru itu sangat berharga, justeru ramai yang sengaja tidak mahu memahami dan ambil mudah dan sambil lewa, maka jadilah kamu celaka kerana menjalini hidup yang lebih buruk dari hari semalam. Nauzubillah min zalik

Belajar dari pengalaman, berlari lah terus kehadapan, namun jangan sekali-kali lupakan di belakang. (sejarah). Orang yang sombong akan hanya berjalan mendabik dada dan memadang ke atas. berfikiran kolot seperti katak di dalam gelas, jelas kelihatan dunia luar tetapi tidak mahu memajukan diri dan mengambil tahu sebaliknya kekal di dalam gelas. maka jadilah kamu orang yang sepi kerana hanya tahu menyendiri.

selalu mengimpikan kejayaan, kehebatan, kemasyuhar diri lebih dari orang lain, ingin sahaja menjadi hebat dan terkenal di kelompok dan komuniti. namun hanya pandai memasang mimpi-mimpi dan berangan-angan, tetapi tidak pernah tercapai dan sukses. kerana apa?

kerana sering berimpian dan berimaginasi tetapi tidak pernah melakukan sesuatu. tanpa usaha, keberkesanan angan-angan walau hanya satu tidak layak untuk kamu. orang selalu leka dan alpa kerana pabila sudah nampak garisan penamat kaki tidak lagi berlari , hasilnya tinggallah kamu di situ tanpa sedar orang di belakang sudah mendahului dan melepasi gaisan itu.

jangan lah kamu terlalu cepat berpuas hati dengan apa yang ada di tangan. sebaliknya tamak lah sedikit dalam hal-hal berkenaan kejayaan. ringan-ringankan tangan dan mulut memohon doa 'biarkan lah dunia berada di tanganku dan janganlah biarkan dia bermaharajalela dihatiku'

genggam dan rasailah kejayaan barulah berhenti berangan-angan dan berlari, tetapi harus ingat bahawa kejayaan dan usaha hari ini tidak menjamin kejayaan pada masa hadapan. seharusnya berterusanlah berusaha untuk kejayaan seterusnya.

masih terngiyang-ngiyang di halwa telinga ini, masih terbayang-bayang di hadapan mata, dan masih berputar ligat dalam kotak fikiran segala kata-kata nasihan dan pujian namun keadaan sekarang masih sama. adakah memang diri celaka, kerana hari semalam lebih baik dari hari ini.

memotivasi kan orang lain agak mudah, tapi untuk diri sendiri sangat liat. seperti ketam keadaanya, yang ingin mengajar anaknya berjalan.

Hidup, kau punya banyak makna yang tersirat dalam mengharungimu, menterjemahmu bukan mudah, menyurat apa yang tersirat hanya kepada mereka yang mahu mengambil pelajaran.tidakkah kamu mengambil pelajaran tentang kaum-kaum yang terdahulu. berjalan lah kamu di atas muka bumi yang luas supaya kamu sentiasa beringat dan beriman. sesungguhnya Allah Maha perkasa dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

ALLAHU AKBAR

Friday, April 3, 2009

Senang Dan Sakit



Betapa banyak nikmat jadi musibah bagimu
dan kemudahan mengundang bahaya untukmu
bersabarlah selalu atas segala yang menimpamu
sesungguh setiap perkara ada akibat
setiap kesulitan ada jalan keluar
di setiap kejernihan ada juga kekeruhan.

Monday, March 23, 2009




kenapa perlu hidup dgn tipu daya
terpedaya dgn harta dunia
harta yang hanya sementara
sementara dan bukan kekal selama-lamanya

kenapa mesti lupa tempat yang abadi
tempat yang sentiasa senang tanpa batas
tempat yang sentiasa diberi tanpa di hitung
tempat yang hanya perlu terima tanpa ditolak

tidak sukakah tempat
yang di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan
kenikmatan tanpa malapetaka,
kecintaan tanpa permusuhan
kemuliaan tanpa kehinaan
segala macam kenikmatan
hingga terlalu sukar diungkap
dan tidak terjangkau oleh akal fikiran

pernahkah termimpi untuk bermastautin
di dalam sesuatu yang mempunyai empat sungai
air tawar, air susu yang tidak berubah rasanya
air arak yang sangat lazat rasanya
jua air madu yang begitu nikmatnya

pernahkah terfikir untukhidup di suatu tempat
dimana ada buah-buahan segar
ada Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim
di tambah pula dengan mata air yang menyinar
Al-kaafuur dan Al-kautsar

ingatlah bahawa di dalam syurga itu
adalahsesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata
didengar oleh telinga
pun tidak pernah terlintas dalam hati




Tuesday, March 17, 2009

Untuk Apa (suka-suka)






untuk apa hidup dgn nama yang busuk

lebih baik mati dgn nama yang baik

untuk apa menangis

kalau air itu palsu

lebih baik diam itu kan lebih baik

untuk apa berkarya

kalau untuk berbangga-bangga

lebih baik menanyi karok (karaoke)

jom layan...



Jgn hidup dgn nama

sbb akan matai (bhs sblh sabah)

dan tidak dibawa,

jgn hidup dgn kuasa

sbb akan kecut bila tiada,

jgn berani kerana pangkat,

kelak merana bila hilang.



Hiduplah di bumi yang nyata..

sentiasalah berpijak di atas nya,

jangan asyik merenung di atas

sok lusa si bawah merana















Thursday, February 12, 2009

MELAYU OH BANGSAKU

Sesungguhnya tiada ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tiada ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku …….


Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku sorang saja yang Nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tetapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur dan tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu kekanan
dan membiarkan bunga tak cantik mekar di taman

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa

Mereka merangcang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa
Nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya

Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang didunia
Ya,
Tapi apa guna jika tak hilang kalau kewujudan tidak di rasa
Petah berbahasa kudrat tidak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan beri pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam berborak
Bukan kata takda otak
Cuma tak berfikir diluar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu


Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik
Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepat mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesaiPerjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Tuesday, October 7, 2008

E-03-16

Masuk Hari ke -7 Hari Raya, genap 1 minggu umat Islam Menyambut Hari Raya.
Budak2 sekolah pun dah naik, Ynag rendah , menengah dan jugak Budak2 'U' kecuali "Politeknik"(cuti 2 minggu)


Semalam 1 Hari xder kelas, ingat nk ponteng kelas mate, rupanyer semua kelas batal, penat la jugak 'merempit' kat Jalan Kluang tu , nak kejarkan kelas 'Digit'.

Tengah2 'merempit' selisih pulak dengan satu xcident , betul2 kat simpang masuk ke Pt.Karjo.

Venue : Simpang Pt Karjo
Masa : Sekitar 9.15-9.30am
Mangsa : Seorang Orang Tua (50an)

Kesian pakcik tu, masa aku lalu tu, baru jew kejadian tu berlaku (bukan depan mata). Dia terbaring (macam sedang nazak) d atas jalan raya. Orang ramai mula dtg berpusu2 nak tengok. Masa aku lalu, xramai lagi. mmg baru jer berlaku. Darah Bayak mengalir kat atas jalan raya.

Aku berenti kejap kat tepi jln nk tgk,' HOOONNNNNN.....' lori treller dari blkg nk lalu x lps. adui kacau line ar. Baru nk usha2 keadaan pakcik tu. Lps kena hon aper lagi, terus aku pecut, cilok2 trus smpai UTHM. Nak kejar HIJAU, tapi xsempat...hmmm

Sampai d bilik, Hafiz n Wan duk wat ...... dpn PC..ahahah. Jgn duk pk bukan2 sudah.

Hafiz : Eh, kelas digit batal
PAe: tau dah, hisyam bg aku msg. Hisyham mana?
Hafiz : ader kat bilik.
pae : ko buat aper wan
wan : kom dowh. sok antar. pergh , mcm xder aper. baru nk takut2 kn ko
pae : la ye kew...

hahaa

Terus masuk bilik, merebahkan badan atas tilam empuk..Aduh, selesa dan nyaman sekali. sengal2 kat badan nie terasa beransur hilang. lega . Kepala otak aku ligat berpikir, bila nk p amik barang2 nie. ptg ke skrang ek?. Ah, pegi skrang la. tapi panas. ermmm. Pinjam keta la ek...ok2.

Keta Shark/shafiee menjadi mangsa..hihihi...

Selesai amik barang, trus p Carefour teman shark beli baran (gas butena) utuk portable dapur gas. aku singgah kejap kat watson beli , perfume...

Usai urusan d Carefour terus ke kedai Irshad (Restoran timah Sari) depan Tabung Haji. kebetulan masa nk cari parking hujan turun lebat...sampai kat kedai, izafiq duk sorang2 jew...

Perut dah berbunyi, terus aku p tgk lauk n amik nasi n lauk . self servis. lauk daging masak kari dan sayur cendawan menjadi pilihan. shar hanya menapau. org nk banjew nie dea jual mahal lak.

Hampir selesai menjamu selera, Acem datang. Nampak aku mkn terus dea pun nk makan sama. Kepala ikan merah lauk d pilih, wah terliur jgk aku tgk. nasib baik dah abis mkn, lau x mau aku saper kepala ikan tu. Kali nie Acem belanja. mmg tiap2 kali mkn pun dea belanja. besa la org da keje, gaji pun masyuk. dea pun xkisah sgt. thats sgt baek

Sebelum pulang singgah isi minyak kat SHELL jalan Kluang n trus ke bilik. merebahkan badan ke tilam yg sgt empuk...wah....SELESa

TERIMA KASIH
1.SHAFIEE
2.ACEM











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails