Monday, April 13, 2009

Hidup beri 1001 macam Pengalaman

kehidupan banyak mengajar sesuatu yg baru, namun bukan semua sedar bahawa pengalaman baru itu sangat berharga, justeru ramai yang sengaja tidak mahu memahami dan ambil mudah dan sambil lewa, maka jadilah kamu celaka kerana menjalini hidup yang lebih buruk dari hari semalam. Nauzubillah min zalik

Belajar dari pengalaman, berlari lah terus kehadapan, namun jangan sekali-kali lupakan di belakang. (sejarah). Orang yang sombong akan hanya berjalan mendabik dada dan memadang ke atas. berfikiran kolot seperti katak di dalam gelas, jelas kelihatan dunia luar tetapi tidak mahu memajukan diri dan mengambil tahu sebaliknya kekal di dalam gelas. maka jadilah kamu orang yang sepi kerana hanya tahu menyendiri.

selalu mengimpikan kejayaan, kehebatan, kemasyuhar diri lebih dari orang lain, ingin sahaja menjadi hebat dan terkenal di kelompok dan komuniti. namun hanya pandai memasang mimpi-mimpi dan berangan-angan, tetapi tidak pernah tercapai dan sukses. kerana apa?

kerana sering berimpian dan berimaginasi tetapi tidak pernah melakukan sesuatu. tanpa usaha, keberkesanan angan-angan walau hanya satu tidak layak untuk kamu. orang selalu leka dan alpa kerana pabila sudah nampak garisan penamat kaki tidak lagi berlari , hasilnya tinggallah kamu di situ tanpa sedar orang di belakang sudah mendahului dan melepasi gaisan itu.

jangan lah kamu terlalu cepat berpuas hati dengan apa yang ada di tangan. sebaliknya tamak lah sedikit dalam hal-hal berkenaan kejayaan. ringan-ringankan tangan dan mulut memohon doa 'biarkan lah dunia berada di tanganku dan janganlah biarkan dia bermaharajalela dihatiku'

genggam dan rasailah kejayaan barulah berhenti berangan-angan dan berlari, tetapi harus ingat bahawa kejayaan dan usaha hari ini tidak menjamin kejayaan pada masa hadapan. seharusnya berterusanlah berusaha untuk kejayaan seterusnya.

masih terngiyang-ngiyang di halwa telinga ini, masih terbayang-bayang di hadapan mata, dan masih berputar ligat dalam kotak fikiran segala kata-kata nasihan dan pujian namun keadaan sekarang masih sama. adakah memang diri celaka, kerana hari semalam lebih baik dari hari ini.

memotivasi kan orang lain agak mudah, tapi untuk diri sendiri sangat liat. seperti ketam keadaanya, yang ingin mengajar anaknya berjalan.

Hidup, kau punya banyak makna yang tersirat dalam mengharungimu, menterjemahmu bukan mudah, menyurat apa yang tersirat hanya kepada mereka yang mahu mengambil pelajaran.tidakkah kamu mengambil pelajaran tentang kaum-kaum yang terdahulu. berjalan lah kamu di atas muka bumi yang luas supaya kamu sentiasa beringat dan beriman. sesungguhnya Allah Maha perkasa dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

ALLAHU AKBAR

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails