Thursday, November 11, 2010

KAHWIN

Perkahwinan sesuatu yg menggembirakan. Tanyakan sahaja soalan ini kepada bakal-bakal pengantin, baik lelaki mahupun wanita. Perkataan ‘gembira’ ‘suka’ ‘seronok’ pastinya terpacul dari mulut2 raja sehari ini. Pabila seseorang hamba Allah mendirikan ‘masjid’ yang di bina atas rasa kasih dan sayang dari seorang hamba kepada hamba yang lain hanya kerana Allah, InsyaAllah segala-galanya akan di permudahkan dan yang paling penting akan di Redhai-NYA

Hari ini bertarikh 11 November 2010 bersamaan 5 Zulhijjah 1431 , berseorangan di dapur, baru usai mengemas dapur, mencuci pinggan magkuk, membasuh, menyidai , menaip message dan sekarang membuat senaman jari .

Masuk hari ini , ku kira-kira ada 4 orang sahabat yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan . Kepada sepupu rapat ku Faizi, aku mohon maaf kerana tidak dapat menghadirkn diri dan ada bersama di hari gembiramu. Kendatipun, Tahniah…InsyaAllah , jika hamba ini masih diberikan nikmat kesihatan yang memuaskan, akan ada lah sesosok tubuh ini di majlis-majlis itu nanti.AMIN

Jika seorang hamba Allah mendirikan masjid, maka telah sempurnalah sebahagian iman diri mereka. Perkahwinan sesuatu tuntutan dan kelangsungan dalam kehidupan. Berkahwin untuk menambahkan umat Muhammad. Menambah bilangan Muslim. Memperkasakn Islam.

Tapi bilangan yang ramai belum tentu berkualiti. Ramai sahaja yang berfikiran begitu. ‘ Lebih baik sedikit tapi berkualiti daripada bilangan yang ramai tapi hampeh’. Tapi bukan kah elok lebih ramai, kalau pun tidak boleh digunakan sekarang, maka asahlah , bimbinglah, peliharalah, usaplah, belailah, sehingga menjadi berkualiti di hari kemudian.

Dalam keadaan itu, masa yang akan memainkan peranan, sama ada lambat atau cepat. Sabar pula diperlukan., kerana kesabaran itu untuk adalah sebagai ukuran tahap keimanan seorang hamba kepada Maha Kahlik, Maha Pencipta,, Maha Menguasa, Maha Pemelihara.

http://perkahwinansempurna.blogspot.com

Terdapat banyak nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri, antaranya ialah:

1) Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

2) Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)

3) Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

4) Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails