Tuesday, February 2, 2010

AKU SEDIH

kalau duit boleh beli semula kawan, aku akan cari duit banyak2.

kalau duit boleh beli beli hubungan itu, aku akan kumpul banyak2.

kalau semua pasal duit, aku akan cari sungguh2.

kalau semua benda berpunca dari duit, aku gadaikan semua untuk duit...

tp, aku bukan hamba duit

kalau itu yang kau cari aku x halang

kalau itu yang kau mahu maka aku izinkan

tp, macam mana keadaan Dia bila kau tiada

aku SAYANG dia

aku SAYANG kau

tapi kau bukan anak kecil

dia pun bukan budak hingusan

kau ada jalan sendiri

dia ada fikiran dan akal

moga aku, kau dan dia

akan bersama semula

suatu hari nanti

aku rindu masa kita bersama

kau teman sejati

dan dia melebihi segala

aku SAYANG kau dan dia

sungguh aku SAYANG kalian

puncak SAYANG da RINDU aku

tiada hujung tiada akhir tiada henti

hanya linangan air jernih menggambarkan

aku sedih kau terpaksa pergi

tanggunganmu memaksa kau pergi

aku tahu itu tanggungjawabmu

sekarang aku tiada cara

jalan terbaik untuk penyelesaian masalahmu

semoga kau peegi tak lama

kerana aku rindu saat itu

saat kita bersama

akhirnya

jika kudratku mampu

aku akan lakukan apa sahaja

agar hubungan ini tidak henti

biar kekal

sama-sama bersama

tp aku tak kuat sekarang

usahaku dayaku tidak mampu untuk itu

aku janji padamu

pada kalian aku akan terus usaha untuk itu

agar kita bersatu kembali

ketawa, minum tidur gelak bersama

bersama-sama

ah, berat sungguh untuk aku lepaskan semua

senak dadaku, serabut di benakku

adakah aku tidak menerima takdir?

tidak ada redha dalam diri ini?

Aku khilaf

Aku lemah

Aku emosi

Aku tak kuat

YA RABB, YA RAHMAN, YA AZIZ, YA AZIM, YA GHAFFAR , YA ALIM

Yang menguasai tujuh petala langit

Dan tujuh petala bumi

Serta apa yang memiliki di antara kedua-duanya

Beri aku kekuatan

Beri aku semangat

Beri aku senyuman

Beri aku hidayah mu

Bantu hambumu

AMIN YA ALLAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails