Saturday, June 5, 2010

MENGAWAN ???





Al-Kisah, Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak. Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata : 'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :

''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '
Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia ..'

Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'
Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!
Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya," 'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ?


Friday, June 4, 2010

Aku Support Israel?????


Mereka sangat membenci Israil dan Yahudi

Tapi, duduk minum di kedai StarBuck

Mereka kata Israil dan Yahudi musuh Islam

Tapi bila raya, jeans Levis juga di cari

Mereka sibuk bersembang Israil dan Yahudi pengganas

Tapi, suka cari barang di Tesco(murah kata mereka)

Mereka sedih tak dapt pergi berjuang bersama

Tapi, lepas solat tidak ingat pun nak utuskn doa untuk Palestin dan Gaza

Mereka berdemostrasi sepanjang masa

Tapi bila haus, coca-cola juga penghilang dahaga

Mereka tahu semua Islam bersaudara

Tapi, tidak mahu buka jalan beri bantuan di Gaza

Negara mereka adalah berjiran

Tapi, tidak mahu bahu-membahu

Yang paling Best

Mereka kata dunia juga mengiktiraf mereka Negara Islam

Tapi meraka juga yang benarkan Kilang terbesar Coke-cola didirikan di Negara mereka.

AKU juga kadang-kala adalah MEREKA

Maka aku juga bersalah pada Palestin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails