Tuesday, March 22, 2011

Bismillah dan 786


Salam buat sekalian umat yang mengunjungi blog alam maya ini...post kali nie untuk penerangan ringkas berkenaan kaitan bismillah dan angka 786...lama dah persoalan ini berlegar-legar kat dalan kepala. jawapan tak jumpa-jumpa. siapa-siapa yang selallu lepak kat kedai-kedai mamak, mesti ada perasan angka 786 ni kan...orang ckp nie mewakili kallimah بسم الله الرحمن الرحيم . tp, bila di tnya untuk penjelasan semua tidak dapat menerang kan dengan jelas. maka kena la cari sendiri kat pakcik google n wiki-wiki....Alhamdulillah akhirnya jumpa kat satu blog nie...Maka ...

Nombor 786 yang tertulis dalam lambang bulan dan bintang berasal dari jumlah nilai nisbah huruf
" بسم الله الرحمن الرحيم " . Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah. Melalui gaya penulisan arab baku, kalimahBismillah... mengandungi 21 huruf, iaitu 7 (Bismillah ), 8 (Al-Rahman) dan 6 (Al-Rahim ) iaitu 7+8+6=21.


Dengan menggunakan rumusan nisbah nilai nombor bagi huruf arab tersebut, maka ayat
بسم الله الرحمن الرحيم dapat digantikan dengan nombor 786. Manakala nama Allah pula dapat digantikan dengan nombor 66 dalam penggunaannya sebagaimana rajah di bawah ini.

Nisbah bagi " Bismillahir Rahmanir Rahim " dikira sebagai berikut:


2 + 60 + 40 + 1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 30 + 200 + 8 + 40 + 50 + 1 + 30 + 200 + 8 + 10 + 40 = 786

Manakala nisbah bagi nama " Allah " dikira sebagai berikut:


alif + lam + lam + ha = Allah

1 + 30 + 30 + 5 = 66

Jadi dari nisbah inilah terhasilnya nombor yang boleh menjadi kekeliruan pada sesetengah orang.. Ada sesetengah pihak yang mempercayai dari nombor ini juga dapat memberi tuah dan bermacam-macam lagi fahaman yang boleh memesongkan akidah kita sebagai umat islam. Ayat dan tulisan dari Al-quran tidak boleh diubah-ubah.

Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:
Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم

Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah
bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم

Keputusan :

Alhamdulillah Fatwanya,

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah
أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.

Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.

Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails