Monday, March 23, 2009




kenapa perlu hidup dgn tipu daya
terpedaya dgn harta dunia
harta yang hanya sementara
sementara dan bukan kekal selama-lamanya

kenapa mesti lupa tempat yang abadi
tempat yang sentiasa senang tanpa batas
tempat yang sentiasa diberi tanpa di hitung
tempat yang hanya perlu terima tanpa ditolak

tidak sukakah tempat
yang di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan
kenikmatan tanpa malapetaka,
kecintaan tanpa permusuhan
kemuliaan tanpa kehinaan
segala macam kenikmatan
hingga terlalu sukar diungkap
dan tidak terjangkau oleh akal fikiran

pernahkah termimpi untuk bermastautin
di dalam sesuatu yang mempunyai empat sungai
air tawar, air susu yang tidak berubah rasanya
air arak yang sangat lazat rasanya
jua air madu yang begitu nikmatnya

pernahkah terfikir untukhidup di suatu tempat
dimana ada buah-buahan segar
ada Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim
di tambah pula dengan mata air yang menyinar
Al-kaafuur dan Al-kautsar

ingatlah bahawa di dalam syurga itu
adalahsesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata
didengar oleh telinga
pun tidak pernah terlintas dalam hati




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails