Thursday, February 12, 2009

MELAYU OH BANGSAKU

Sesungguhnya tiada ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tiada ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku …….


Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku sorang saja yang Nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tetapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur dan tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu kekanan
dan membiarkan bunga tak cantik mekar di taman

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa

Mereka merangcang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa
Nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya

Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang didunia
Ya,
Tapi apa guna jika tak hilang kalau kewujudan tidak di rasa
Petah berbahasa kudrat tidak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan beri pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam berborak
Bukan kata takda otak
Cuma tak berfikir diluar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu


Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik
Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepat mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesaiPerjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

1 comment:

=] said...

nice poem pae
=D
go go pae
selamatkan melayu dan islam (=

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails