Friday, December 4, 2009

D Dapur

bayu dingin dan angin lembut yg bertiup sesungguhnya nyaman sekali dirasakan, pabila menyentuh kulit dan menyapu muka. terasa nyiluya sampai ke tulang sum-sum.angin yang berserta hujan d luar membuatkan aku terasa agak emo seketika di tambah pula dengan isu yang menyebabkan aku runsing akhir-akhir ini.

'kalau tidak jaga hubungan dengan Allah, maka jangan harap akan dapat hubungan yang baik dengan manusia dan makhluk lain' ustaz pesan...makna kata, dalam bahasa yang mudah difahami macam nie la..kalau tidak jaga hubungan dgn Yang tukang Cipta, maka harapan la hubungan dengan yg lain-lain (ke makin complicated penerangan nie..haha.pandai2 la yg membaca tafsir ya).

to be continue (amik ibu balik) hihih

Monday, November 16, 2009

Kelapa ke Mutiara

Apabila kamu berkawan dengan LELAKI
Ingatlah ada dua pilihan terbentangyang pertama...
Kamu jadi seperti kelapa...mudah diperolehi..
diparut dan diperah...dan di ambil santannya

Yang Kedua...
Kamu menjadi sebutir mutiara...
Berada di dasar lautan...Tersimpan rapi
Dilindungi kulit...Bukan senang hendak melihat...
apa lagi mendapatkannya..hanya orang yang bertuah..Dapat memperolehinya
harganya mahal sekali...dan ia akan tersimpan selamanya...

Jadi..kamu pilihlah sama ada hendak menjadi kelapa atau mutiara...

Disebalik santan...menjadi penyedap makanan...
diperah segala kenikmatan...dengan mudah jatuh menjadi titisan...
Akhirnya habis kari dimakan..pulut panggang habis sisa ditelan...
dan santan hilang tak jadi ingatan...yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan...

Mutiara ...tertanam di dasar lautan yang paling dalam..
Sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya ditemui insan..akan menjadi permata hiasan
terletak di cincin idaman..atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan...makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilainya

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN...

Menjadi santan...Mudah jadi perhatian..tapi hanya sebentar jadi santapan
Kemudian hilang segala nikmat dan pujian
menjadi mutiara..sukar ditemukan..namun bila dihias indah gadis perawan...
hilang ia...maka tangisan mengiringi sepanjang zaman

Saturday, November 14, 2009

lama xbuat senaman jari. menaip dan mengarang cerita keadaan semasa. peperiksaan akhir bukan halanagn tapi keadaan diri dan idea yang menjadi dinding.
Hari nie ader tgk video budak 10thn curi duit kat cc. lepas tu pasal kemalangan mat motor (mata terkeluar, sempat pulak dea pegang..heheh).


dunia semakin maju, tapi sayang tamadun yang sekian lama dibina rasanya hancur sebab tidak seiringan dengan agama (nilai,norma,adab,perilaku, sopan, tatatertib, tuturkata etc)
perlu ingat tamadun dan agama kena seiringan. Tamadun tidak boleh mendahului agama dan begitu juga sebaliknya, agama tidak boleh terkebelakang dari tamadun
Jika tidak hasilnya , seperti sekarang, ibu negara (KL)sangatt maju..buat lah statistik berapa ramai anak2 muda dan belia yg hanyut...Johor Bahru sgt membangun, lihatlah keruntuhan remaja malam minggu d stulang dan Teluk Danga (Dangan Bay). penang xkurang juga pembangunan sektor perkilangan dan perindustrian, akibatnya sama, melahirkan muda mudi dan barisan pelapis yang ....xperlah,xder manusia yang sempurna.
Manusia semakin jauh dari keadaan dan fitrah semulajadinya. Nilai dan norma kian hilang. Sifat Mazmumah menjadi kebiasaan dan mahmudah menjadi kekok di laksanakan. Hidup saban hari berpandukan nafsu berbanding akal.
Ramai tak nampak, tak kurang juga yang sedar bahawa dunia sekeliling semakin jahat, keadaan semakin bahaya, persekitaran semakin teruk, manusia semakin bertalam2 muka.
Mat rempit, rogol, rompak, ragut, samun, gaduh....xhabis2 masuk paper. naik jelek telinga nie hari2 dengan berita pasal nie. mata naik sembam baca masalah nie...xper lah. manusia mana ada yang sempurna.
budak 10thn pun da pandai mencuri di CC. (kantoi cctv). Wahai lah ibu, aduhai lah bapa, jangan lah hanya tahu buat anak..paksa2 lah diri dan belajar2 la ilmu mendidik anak.
Nilai sesuatu tingkah laku dalam kehidupan seharian.






Tuesday, September 29, 2009

Bingung?????

Anda adalah manusia yang sangat normal jika anda merasa kebingungan, karana bingung bererti tidak tahu, masih ragu-ragu, kurang yakin, tidak mantap, kurang begitu memahami, masih abu abu, tidak tahu caranya, tidak tahu dan lain lain. Hal tersebut merupakan sesuatu yang wajar, sesuatu yang semestinya, dan bahkan memang setiap orang harus “pernah” merasakan kebingungan.

Misalnya, anda bingung bagaimana menjadi seseorang yang dewasa. anda akan merasa tidak tahu apa dan bagaimana menjadi seorang yang dewasa? bingung harus bagaimana dan dimulai sejak bila? ini semua memerlukan sebuah proses, memerlukan waktu yang tidak spontan. Keragu-raguan atau kebingungan adalah sesuatu yang baik, karena kita akan merasa yakin ketika kita telah merasa mantap pada pilihan kita, terlepas dari pilihan kita tersebut benar atau salah, tetapi ini semua akan melatih kita untuk belajar menentukan pilihan, belajar untuk bertanggungjawab dan belajar menjadi dewasa.

Menjadi seorang dewasa itu harus tahu mengendalikan diri, mengetahui mana yang menjadi prioriti utama dan mana yang tidak. Menjadi seorang yang dewasa bukan bererti harus ke sekolah atau kuliah. Anda perlu memahami apapun yang ada disekitar andaJIka mempunyai rakan yang aneh, ugal ugalan, nakal, dan lain-lain, pahami mengapa begitu, kalau tidak memahami anda perlu bertanya pada orang yang anda kira boleh memberikan pemahaman kepada anda. Menjadi dewasa juga harus mampu mengeksplo kemampuan, mampu untuk mengaktualisasikan diri. Kalau anda meraskan bahawa jari-jemari anda mampu bermain harmonika, hebat. Maka teruskan. Ingatlah bahawa apapun yang berkualitti pasti akan menghasilkan duit

Anda mungkin juga bingung, bila la nak menikah, anda tidak perlu khawatir, Nikah itu mudah, yang sulit adalah setelah Menikah

Monday, September 28, 2009

Palestin

Di kejauhan ini
hanya secebis doa dapat aku utuskan
agar hari2 malang-malangmu lenyap

Di kejauhan ini
aku terus berharap
agar petualang dunia ini lengap
sama sekali

Aku mohon
supaya tiada lagi darah2 suci
anak2 kechil
suara2 rintihan ibu
dan linganan air mata
mengalir di pipi
kerana perbuatan yahudi laknat

moga peluru2 tak bermata itu
tidak lagi menembusi tubuh saudaraku

Aku impikan agar hari esok
akan terbit cahaya mentari pagi
menyinari bumimu
dgn wajah2 senyum dan
laungan kemenangan

Semoga akan muncul pengganti
Khalid Al-Walid
akan datang
singa padang pasir
yang berani umpana
Salahuddin Al-Ayubi

Kadangku terfikir
Adakah penyakit wahan
kian menyelubungi
aduhai pemimpinku
alahai saudaraku

*perlu pemurnian(ngantuk)








Saturday, September 5, 2009

Dari sahabat untuk sahabat


Aku mencintai sahabatku segenap jiwaku
sahabat yang baik
adalahseiring denganku
dan menjaga namabaikku
ketika aku hidup
atau selepas mati
kuhulurkan tangan kepada sahabat
kerana aku merasa dengan dengannya
Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri
Aku selalu berharap
akan mendapat sahabat sejati
yang tidak lunctur baiknya
dalam suka dan duka
Jika aku dapat
aku ingin setia dengannya
dari sahabat untuk sahabat

IMAM AL-GHAZALI

Sunday, July 26, 2009


(kazen aku)

there's no such thing as love at 1st sight..
nonsense..
ngarut je sume tu..sayang bole dipupuk..xde hal la..
skrg xmusim dh kawen lwt2..
paling cikai pn ade steady gf..
cpt bro..
xyh pk nk kmpl harta..
kmpl lps kawen je...kmpl same2..
baru ade pahit manis bkawen..
ssh sng bersame..
hahaha...

***nice speech bro...xpenah aku terpikir untuk sejauh tu dlam hubungan dgn berlainan jantina.masih terlalu awal rasa, tapi sedar2 aku da 20+,masih zero lagi aku pasal tu. neway, aku harap hari ko berdua akan tiba asap...AMIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails