Saturday, November 14, 2009

lama xbuat senaman jari. menaip dan mengarang cerita keadaan semasa. peperiksaan akhir bukan halanagn tapi keadaan diri dan idea yang menjadi dinding.
Hari nie ader tgk video budak 10thn curi duit kat cc. lepas tu pasal kemalangan mat motor (mata terkeluar, sempat pulak dea pegang..heheh).


dunia semakin maju, tapi sayang tamadun yang sekian lama dibina rasanya hancur sebab tidak seiringan dengan agama (nilai,norma,adab,perilaku, sopan, tatatertib, tuturkata etc)
perlu ingat tamadun dan agama kena seiringan. Tamadun tidak boleh mendahului agama dan begitu juga sebaliknya, agama tidak boleh terkebelakang dari tamadun
Jika tidak hasilnya , seperti sekarang, ibu negara (KL)sangatt maju..buat lah statistik berapa ramai anak2 muda dan belia yg hanyut...Johor Bahru sgt membangun, lihatlah keruntuhan remaja malam minggu d stulang dan Teluk Danga (Dangan Bay). penang xkurang juga pembangunan sektor perkilangan dan perindustrian, akibatnya sama, melahirkan muda mudi dan barisan pelapis yang ....xperlah,xder manusia yang sempurna.
Manusia semakin jauh dari keadaan dan fitrah semulajadinya. Nilai dan norma kian hilang. Sifat Mazmumah menjadi kebiasaan dan mahmudah menjadi kekok di laksanakan. Hidup saban hari berpandukan nafsu berbanding akal.
Ramai tak nampak, tak kurang juga yang sedar bahawa dunia sekeliling semakin jahat, keadaan semakin bahaya, persekitaran semakin teruk, manusia semakin bertalam2 muka.
Mat rempit, rogol, rompak, ragut, samun, gaduh....xhabis2 masuk paper. naik jelek telinga nie hari2 dengan berita pasal nie. mata naik sembam baca masalah nie...xper lah. manusia mana ada yang sempurna.
budak 10thn pun da pandai mencuri di CC. (kantoi cctv). Wahai lah ibu, aduhai lah bapa, jangan lah hanya tahu buat anak..paksa2 lah diri dan belajar2 la ilmu mendidik anak.
Nilai sesuatu tingkah laku dalam kehidupan seharian.






2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails