Wednesday, September 7, 2011



Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.






“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”

“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..

Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Monday, September 5, 2011

9 jenis anak setan..



Assalammualaikum,  ... Arbayah 




Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Thursday, August 25, 2011

Law of the Garbage Truck



One day I hopped in a taxi and we took off for the airport.

We were driving in the right lane when suddenly a black car jumped out of
a parking space right in front of us.

My taxi driver slammed on his brakes, skidded, and missed the other car by
just inches . The driver of the other car whipped his head around and
started yelling at us.

My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean, he was really
friendly.
So I asked, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and
sent us to the hospital . '
This is when my taxi driver taught me what I now call, 'The Law of the
Garbage Truck'.

He explained that many people are like garbage trucks. They run around
full of garbage- frustration, anger, disappointment, apprehensions,
pretensions, fear, projections, false hood …………
As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes
they'll dump it on you. Don't take it personally.

Just smile, wave, wish them well, and move on. Don't take their garbage
and spread it to other people at work, at home, or on the streets.

The bottom line is that successful people do not let garbage trucks take
over their day.
Life's too short to wake up in the morning with regrets,
so ... Love the people who treat you right.
Pray for the ones who don't!

Life is ten percent what you make it and ninety percent how you take it!


"Faith is not believing God can, it is knowing that God will."

God bless us all…..

Thursday, August 4, 2011

Mutiara Kata

Sesgghnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorg itu hanya dpt mnympaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pndakwah, Maka akn jd sikitlah org yg memberi peringatan ~ Imam Hasan al-Basri ~

Saturday, April 30, 2011

Sejarah

Skuad ‘The Gunners’ mula ditubuhkan apabila seorang pekerja di Woolwich Arsenal Armament Factory memutuskan untuk membentuk sebuah kelab bolasepak pada akhir tahun 1886. Pada waktu itu kelab tersebut bermain di bawah nama ‘Dial Square’. Perlawanan pertama mereka adalah kemenangan 6-0 ke atas Eastern Wanderers pada 11 Disember 1886. Selepas itu mereka menggunakan nama Royal Arsenal dan mula bermain di dalam pertandingan persahabatan dan perlawanan-perlawanan tempatan untuk beberapa tahun selepas itu.

Pada tahun 1891 Royal Arsenal status mereka berubah menjadi profesional dan menukar namanya menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1893 yang selepas itu menyertai Liga Bolasepak FL (Football League). Pasukan ini melakukan perpindahan ke Highbury pada tahun 1913 dan telah menyertai liga divisyen dua. Seiring dengan PD I, mereka terpilih untuk mengikuti perlawanan divisyen satu yang mula rancak, divisiyen yang mana mereka ikuti sehingga pada waktu ini.

Herbert Chapman mengambil alih Arsenal pada tahun 1925, dan pada tahun1930 ia menerajui skuad the Gunners untuk pertama kalinya menjuarai Piala FA dengan kemenangan ke atas Huddersfield Town pada perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, pada tahun 1931, Arsenal melakukan sejarah dengan menjuarai divisyen satu. Bukan itu sahaja, skuad the Gunners ini telah menjuarai divisyen satu sebanyak 3 kali secara berturut-turut iaitu pada tahun 1933, 1934 dan 1935. Prestasi yang hanya pernah dicapai oleh 4 kelab teratas dalam liga Inggeris. Selepas itu mereka menerima berita yang menyedihkan apabila Chapman meninggal,.Dia meninggal dunia setelah mencapai status ‘legenda’.

George Allison mengambil alih tampuk pimpinan itu dan meneruskan baki dekad 30-an tersebut dengan kemenangan sebuah lagi Piala FA (1936) dan liga divisyen satu (1938). Sehingga pada waktu itu sahaja Arsenal telah mempunyai beberapa pemain legenda. Alex Yakobus, Ted Drake, Cliff Bastin, David Jack, Eddie Hapgood dan George Male merupakan sebahagian nama pemain legenda yang telah bermain di Football League.

Perang Dunia kedua menghambat Arsenal dalam berkompetisi secara normal dan efektif, tetapi setelah Tom Whittaker menjadi pengurus, kejayaan Arsenal kembali semula. The Gunners merupakan juara divisiyen satu 1947/48 dan 1952/53; juara Piala FA pada tahun 1950 dan naib juara pada tahun 1952. Era 60′an prestasinya pasukan Arsenal agak merudum dalam perlawanan-perlawanan tempatan, dan sepanjang dekad itu mereka hanya meraih 2 kali ke peringkat akhir Piala Liga pada 1968 dan 1969. Setelah Bertie Mee mengambil alih pada pertengahan 60′an, untuk pertama kalinya mereka menjuarai salah satu perlawanan Piala Eropa antara kelab, Fairs Cup, pada musim 1969/70 dengan menewaskan Anderlecht 4-3 pada peringkat akhir melalui agreget.

Arsenal mula bangkit semula pada dekad 70′an dengan kehadiran pemain-pemain seperti Charlie George, George Armstrong, Ray Kennedy dan ketua pasukan Frank McLintock, dengan menjuarailiga dan piala FA sekaligus. Mereka memastikan gelaran juara liga di White Hart Lane, di hadapan penyokong Tottenham Hotspurs sendiri yang merupakan musuh sejirannya dan kemudian menjuarai piala FA dalam peringkat akhir dengan kemenangan ke atas Liverpool setelah habis waktu tembahan.

Pada akhir tahun 70′an, mereka meraih 3 kali tiket ke perlawanan akhir Piala FA dan menang dua diantaranya. Pada tahun 1980, mereka juga meraih final Cup Winners Cup namun pasukan Arsenal yang diperkuatkan oleh Graham Rix, Frank Stapleton, Pat Rice, David O’Leary dan Liam Brady tersebut dikalahkan oleh kelab dari Spanyol, Valencia.

George Graham adalah anggota pasukan Arsenal pada 1971 yang meraih gelaran berganda. Dia mengambil alih gelaran pengurus daripada Don Howe dan kemudiannya membawa kejayaaan bagi Arsenal semula. Dia memimpin Arsenal untuk pertama kalinya meraih piala liga pada 1986/1987. Dua tahun berikutnya, 1989, Arsenal memenangkan kembali gelaran juara liga dengan gol sensasi Michael Thomas pada kempen terakhir liga. Dan pada 1990/1991 mereka meraih gelaran juara liga dengan meyakinkan, kalah hanya sekali dari seluruh pertandingan.

Pada tahun 1995 mereka memenangi piala Winners dengan menundukkan wakil Itali, Parma, pada peringkat akhir yang dilangsungkan di Kopenhagen, melalui jaringan Alan Smith. Musim berikutnya mereka masuk ke peringkat kahir sekali lagi namun ditewaskan oleh Real Zaragoza. Pada masa itu George Graham telah digantikan oleh Bruce Rioch. Walaupun Rioch hanya bertahan satu musim sahaja, dia sempat membawa masuk Dennis Bergkamp ke dalam skuad Arsenal.

Pada 1997/98, ia adalah musim pertama Wenger berada Highbury, Arsenal menyambar gelaran berganda, juara Liga Perdana dan juara Piala FA yang merupakan kali kedua dalam sejarah kelab tersebut Wenger mendapat gelaran Pengurus Terbaik, Anugerah Pengurus Carling. Dennis Bergkamp juga terpilih sebagai pemain terbaik pada tahun itu oleh Persatuan Wartawan Bolasepak, FWA, dan gelaran pemain terbaik dari Persatuan Pemain, PFA. Satu musim yang sangat mengejutkan dan dikendalikan dengan cukup sempurna. Ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran bintang Perancis, Emmanuel Petit dan Patrick Vieira.

3 tahun berikutnya Arsenal menjadi naib juara liga, pada tahun 2000 mereka meraih fperingkat akhir Piala UEFA dan kalah melalui sepakkan penalti. Musim 2001/2002, mereka menjadi juara Liga Perdana sekali lagi. Namun pada musim 2003/2004 ia merupakan detik yang paling sensasi apabila mereka menjuarai Liga Perdana tanpa kalah. Perbezaan mata dengan Chelsea yang merupakan naib juara pada musim tersebut sebanyak 11 mata.

Setelah 93 tahun Highbury menjadi rumah bagi Arsenal, the Gunners akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana kelab tersebut telah selesai membangunkan stadium baru yang mewah iaitu Stadium Emirates. Ini merupakan bukti kesungguhan Arsenal untuk mampu menyaingi Manchester United dan klelab-kelab besar Eropah lainnya yang rata-rata mempunyai stadium besar. Stadium Emirates berkapasiti 60.000 orang untuk menjanjikan penonton yang lebih dan perencanaan masa depan yang lebih baik bagi Arsenal.


Wednesday, April 27, 2011

Orang KATA

Orang kata hidup cuma sekali, tapi ada juga hidup sebenarnya ada dua kali. satu kehidupan di Sini dan satu lagi kehidupan di Sana....
orang kata hidup terlalu singkat, betul la tu kn.
sebab, masa kita di lahirkan , semasa kecil, masih bayi, tak kenal dunia, tak tahu berkata-kata
tak tahu semua benda dan yang tahu adalah menangis semata-mata...
masa itu, kita di Azan kan di telinga sebelah kanan oleh Abah,
kemudian di Iqamatkn di sebelah telinga kira..
Antara Azan dan Iqamah kan terlalu singkat msanya..
sebab itu hidup ini terlalu singkat...

Tuesday, April 12, 2011

Berilah aku ruang yang sedikit meskipun sempit untuk kau mengingati aku. dan aku akan sentiasa mengingati mu A. wanita yang menyentuh hatiku, cintaku, kalbuku selepas B tiada. Berikanlah aku ruang dalam ingatanmu meskipun C lebih banyak menguasai pemikiranmu. Cintamu pada C membuatkan aku cemburu. Cintamu padanya yang telah pergi sangat Agung.




* sekarang melayan perasaan. tiada berkaitan degan diri penulis....xD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails