Saturday, April 30, 2011

Sejarah

Skuad ‘The Gunners’ mula ditubuhkan apabila seorang pekerja di Woolwich Arsenal Armament Factory memutuskan untuk membentuk sebuah kelab bolasepak pada akhir tahun 1886. Pada waktu itu kelab tersebut bermain di bawah nama ‘Dial Square’. Perlawanan pertama mereka adalah kemenangan 6-0 ke atas Eastern Wanderers pada 11 Disember 1886. Selepas itu mereka menggunakan nama Royal Arsenal dan mula bermain di dalam pertandingan persahabatan dan perlawanan-perlawanan tempatan untuk beberapa tahun selepas itu.

Pada tahun 1891 Royal Arsenal status mereka berubah menjadi profesional dan menukar namanya menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1893 yang selepas itu menyertai Liga Bolasepak FL (Football League). Pasukan ini melakukan perpindahan ke Highbury pada tahun 1913 dan telah menyertai liga divisyen dua. Seiring dengan PD I, mereka terpilih untuk mengikuti perlawanan divisyen satu yang mula rancak, divisiyen yang mana mereka ikuti sehingga pada waktu ini.

Herbert Chapman mengambil alih Arsenal pada tahun 1925, dan pada tahun1930 ia menerajui skuad the Gunners untuk pertama kalinya menjuarai Piala FA dengan kemenangan ke atas Huddersfield Town pada perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, pada tahun 1931, Arsenal melakukan sejarah dengan menjuarai divisyen satu. Bukan itu sahaja, skuad the Gunners ini telah menjuarai divisyen satu sebanyak 3 kali secara berturut-turut iaitu pada tahun 1933, 1934 dan 1935. Prestasi yang hanya pernah dicapai oleh 4 kelab teratas dalam liga Inggeris. Selepas itu mereka menerima berita yang menyedihkan apabila Chapman meninggal,.Dia meninggal dunia setelah mencapai status ‘legenda’.

George Allison mengambil alih tampuk pimpinan itu dan meneruskan baki dekad 30-an tersebut dengan kemenangan sebuah lagi Piala FA (1936) dan liga divisyen satu (1938). Sehingga pada waktu itu sahaja Arsenal telah mempunyai beberapa pemain legenda. Alex Yakobus, Ted Drake, Cliff Bastin, David Jack, Eddie Hapgood dan George Male merupakan sebahagian nama pemain legenda yang telah bermain di Football League.

Perang Dunia kedua menghambat Arsenal dalam berkompetisi secara normal dan efektif, tetapi setelah Tom Whittaker menjadi pengurus, kejayaan Arsenal kembali semula. The Gunners merupakan juara divisiyen satu 1947/48 dan 1952/53; juara Piala FA pada tahun 1950 dan naib juara pada tahun 1952. Era 60′an prestasinya pasukan Arsenal agak merudum dalam perlawanan-perlawanan tempatan, dan sepanjang dekad itu mereka hanya meraih 2 kali ke peringkat akhir Piala Liga pada 1968 dan 1969. Setelah Bertie Mee mengambil alih pada pertengahan 60′an, untuk pertama kalinya mereka menjuarai salah satu perlawanan Piala Eropa antara kelab, Fairs Cup, pada musim 1969/70 dengan menewaskan Anderlecht 4-3 pada peringkat akhir melalui agreget.

Arsenal mula bangkit semula pada dekad 70′an dengan kehadiran pemain-pemain seperti Charlie George, George Armstrong, Ray Kennedy dan ketua pasukan Frank McLintock, dengan menjuarailiga dan piala FA sekaligus. Mereka memastikan gelaran juara liga di White Hart Lane, di hadapan penyokong Tottenham Hotspurs sendiri yang merupakan musuh sejirannya dan kemudian menjuarai piala FA dalam peringkat akhir dengan kemenangan ke atas Liverpool setelah habis waktu tembahan.

Pada akhir tahun 70′an, mereka meraih 3 kali tiket ke perlawanan akhir Piala FA dan menang dua diantaranya. Pada tahun 1980, mereka juga meraih final Cup Winners Cup namun pasukan Arsenal yang diperkuatkan oleh Graham Rix, Frank Stapleton, Pat Rice, David O’Leary dan Liam Brady tersebut dikalahkan oleh kelab dari Spanyol, Valencia.

George Graham adalah anggota pasukan Arsenal pada 1971 yang meraih gelaran berganda. Dia mengambil alih gelaran pengurus daripada Don Howe dan kemudiannya membawa kejayaaan bagi Arsenal semula. Dia memimpin Arsenal untuk pertama kalinya meraih piala liga pada 1986/1987. Dua tahun berikutnya, 1989, Arsenal memenangkan kembali gelaran juara liga dengan gol sensasi Michael Thomas pada kempen terakhir liga. Dan pada 1990/1991 mereka meraih gelaran juara liga dengan meyakinkan, kalah hanya sekali dari seluruh pertandingan.

Pada tahun 1995 mereka memenangi piala Winners dengan menundukkan wakil Itali, Parma, pada peringkat akhir yang dilangsungkan di Kopenhagen, melalui jaringan Alan Smith. Musim berikutnya mereka masuk ke peringkat kahir sekali lagi namun ditewaskan oleh Real Zaragoza. Pada masa itu George Graham telah digantikan oleh Bruce Rioch. Walaupun Rioch hanya bertahan satu musim sahaja, dia sempat membawa masuk Dennis Bergkamp ke dalam skuad Arsenal.

Pada 1997/98, ia adalah musim pertama Wenger berada Highbury, Arsenal menyambar gelaran berganda, juara Liga Perdana dan juara Piala FA yang merupakan kali kedua dalam sejarah kelab tersebut Wenger mendapat gelaran Pengurus Terbaik, Anugerah Pengurus Carling. Dennis Bergkamp juga terpilih sebagai pemain terbaik pada tahun itu oleh Persatuan Wartawan Bolasepak, FWA, dan gelaran pemain terbaik dari Persatuan Pemain, PFA. Satu musim yang sangat mengejutkan dan dikendalikan dengan cukup sempurna. Ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran bintang Perancis, Emmanuel Petit dan Patrick Vieira.

3 tahun berikutnya Arsenal menjadi naib juara liga, pada tahun 2000 mereka meraih fperingkat akhir Piala UEFA dan kalah melalui sepakkan penalti. Musim 2001/2002, mereka menjadi juara Liga Perdana sekali lagi. Namun pada musim 2003/2004 ia merupakan detik yang paling sensasi apabila mereka menjuarai Liga Perdana tanpa kalah. Perbezaan mata dengan Chelsea yang merupakan naib juara pada musim tersebut sebanyak 11 mata.

Setelah 93 tahun Highbury menjadi rumah bagi Arsenal, the Gunners akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana kelab tersebut telah selesai membangunkan stadium baru yang mewah iaitu Stadium Emirates. Ini merupakan bukti kesungguhan Arsenal untuk mampu menyaingi Manchester United dan klelab-kelab besar Eropah lainnya yang rata-rata mempunyai stadium besar. Stadium Emirates berkapasiti 60.000 orang untuk menjanjikan penonton yang lebih dan perencanaan masa depan yang lebih baik bagi Arsenal.


Wednesday, April 27, 2011

Orang KATA

Orang kata hidup cuma sekali, tapi ada juga hidup sebenarnya ada dua kali. satu kehidupan di Sini dan satu lagi kehidupan di Sana....
orang kata hidup terlalu singkat, betul la tu kn.
sebab, masa kita di lahirkan , semasa kecil, masih bayi, tak kenal dunia, tak tahu berkata-kata
tak tahu semua benda dan yang tahu adalah menangis semata-mata...
masa itu, kita di Azan kan di telinga sebelah kanan oleh Abah,
kemudian di Iqamatkn di sebelah telinga kira..
Antara Azan dan Iqamah kan terlalu singkat msanya..
sebab itu hidup ini terlalu singkat...

Tuesday, April 12, 2011

Berilah aku ruang yang sedikit meskipun sempit untuk kau mengingati aku. dan aku akan sentiasa mengingati mu A. wanita yang menyentuh hatiku, cintaku, kalbuku selepas B tiada. Berikanlah aku ruang dalam ingatanmu meskipun C lebih banyak menguasai pemikiranmu. Cintamu pada C membuatkan aku cemburu. Cintamu padanya yang telah pergi sangat Agung.




* sekarang melayan perasaan. tiada berkaitan degan diri penulis....xD

Tuesday, March 22, 2011

Bismillah dan 786


Salam buat sekalian umat yang mengunjungi blog alam maya ini...post kali nie untuk penerangan ringkas berkenaan kaitan bismillah dan angka 786...lama dah persoalan ini berlegar-legar kat dalan kepala. jawapan tak jumpa-jumpa. siapa-siapa yang selallu lepak kat kedai-kedai mamak, mesti ada perasan angka 786 ni kan...orang ckp nie mewakili kallimah بسم الله الرحمن الرحيم . tp, bila di tnya untuk penjelasan semua tidak dapat menerang kan dengan jelas. maka kena la cari sendiri kat pakcik google n wiki-wiki....Alhamdulillah akhirnya jumpa kat satu blog nie...Maka ...

Nombor 786 yang tertulis dalam lambang bulan dan bintang berasal dari jumlah nilai nisbah huruf
" بسم الله الرحمن الرحيم " . Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah. Melalui gaya penulisan arab baku, kalimahBismillah... mengandungi 21 huruf, iaitu 7 (Bismillah ), 8 (Al-Rahman) dan 6 (Al-Rahim ) iaitu 7+8+6=21.


Dengan menggunakan rumusan nisbah nilai nombor bagi huruf arab tersebut, maka ayat
بسم الله الرحمن الرحيم dapat digantikan dengan nombor 786. Manakala nama Allah pula dapat digantikan dengan nombor 66 dalam penggunaannya sebagaimana rajah di bawah ini.

Nisbah bagi " Bismillahir Rahmanir Rahim " dikira sebagai berikut:


2 + 60 + 40 + 1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 30 + 200 + 8 + 40 + 50 + 1 + 30 + 200 + 8 + 10 + 40 = 786

Manakala nisbah bagi nama " Allah " dikira sebagai berikut:


alif + lam + lam + ha = Allah

1 + 30 + 30 + 5 = 66

Jadi dari nisbah inilah terhasilnya nombor yang boleh menjadi kekeliruan pada sesetengah orang.. Ada sesetengah pihak yang mempercayai dari nombor ini juga dapat memberi tuah dan bermacam-macam lagi fahaman yang boleh memesongkan akidah kita sebagai umat islam. Ayat dan tulisan dari Al-quran tidak boleh diubah-ubah.

Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:
Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم

Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah
bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم

Keputusan :

Alhamdulillah Fatwanya,

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah
أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.

Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.

Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor

Saturday, March 12, 2011

Sunday, January 30, 2011

Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People.“Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran“mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan“teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth


http://irwan007.wordpress.com/dakwah-kristian/yakjuj-makjuj-berita-gempar-dari-nasa/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails