Saturday, September 5, 2009

Dari sahabat untuk sahabat


Aku mencintai sahabatku segenap jiwaku
sahabat yang baik
adalahseiring denganku
dan menjaga namabaikku
ketika aku hidup
atau selepas mati
kuhulurkan tangan kepada sahabat
kerana aku merasa dengan dengannya
Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri
Aku selalu berharap
akan mendapat sahabat sejati
yang tidak lunctur baiknya
dalam suka dan duka
Jika aku dapat
aku ingin setia dengannya
dari sahabat untuk sahabat

IMAM AL-GHAZALI

Sunday, July 26, 2009


(kazen aku)

there's no such thing as love at 1st sight..
nonsense..
ngarut je sume tu..sayang bole dipupuk..xde hal la..
skrg xmusim dh kawen lwt2..
paling cikai pn ade steady gf..
cpt bro..
xyh pk nk kmpl harta..
kmpl lps kawen je...kmpl same2..
baru ade pahit manis bkawen..
ssh sng bersame..
hahaha...

***nice speech bro...xpenah aku terpikir untuk sejauh tu dlam hubungan dgn berlainan jantina.masih terlalu awal rasa, tapi sedar2 aku da 20+,masih zero lagi aku pasal tu. neway, aku harap hari ko berdua akan tiba asap...AMIN

Sunday, July 12, 2009

Ilham Petang Di Dapur

Saban hari tekak ini di jamu dengan yang manis-manis, yang enak-enak, yang lazat-lazat. satu hari tekak ini di sajikan denagn yang masam dan pahit. mana mungkin akan begitu mudah di terima. sakitnya la hai untuk menelan, azab nak menelan satu hal nak menerima lagi la.

Lidah di cipta dengan 4 rasa yang berbeza, manis, masin , masam dan pahit. boleh terima apa jua yang masuk. sangat terbuka dan rasional. adil nya Maha pencipta. tapi manusia di cipta dengan satu acuan yang asal kejadiannya dari tanah dan bergabung bersama-sama elemen lain, maka jadilah yang paling sempurna di kalangan makhluk.

Tetapi bila sempurna, banyak pula karenah dan ragamnya. kalau difikirkan lebih baik jadi lidah dari manusia. tp, hakikatnya lidah xboleh jadi manusia dan manusia xmungkin menjadi lidah. itu mungkin fikiran orang-orang yang tidak bersyukur, sudah sempurna mahu tidak sempurna. tapi sempurna tidak semestinya ........


Wednesday, June 17, 2009

Kemajuan ke Kemundurann???



Mulai tahun hadapan kerajaan akan memaksimumkan hanya 10 subjek sahaja dibenarkan di ambil oleh calon2 SPM....

dunia semakin maju, orang semakin pandai, kenapa mesti di bantutkan usaha dan kepandaian mereka...

jangan kerana adik NIK NUR MADIHAH pelajar terbaik SPM 2008 (pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan)) mendapat keputusan yang cemerlang , menjadikan usaha kerajaan untuk menutup dan menafikan hak mereka yang besekolah agama untuk terus mencipta sejarah kejayaan dan kejayaan.

ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak- anak mereka. dan jika belajar di sekolah beraliran agama menjadikan anak mereka cemerlang, adakah ini usaha sesetengah pihak untuk menyulitkan keadaan atau ada agenda terselindung.

difahamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengilhamnya...apa yang sebenarnya cuba di terjemahkan oleh beliaun tentang isu ini..pelik2
*pic - dicilok dari blog org....xigt..plagiat.ihihi

Friday, May 29, 2009

kontradikasi diriku


golongan marhain bukan siapa-siapa
tiada pangkat
tiada rupa
Tiada kuasa

aku hidup dgn kepercayaan
dan tunjang nafasku adalah keyakinan
aku hanya ada-NYA
maka,tiada perlu siapa-siapa
hidupku berteman kan 2 sahabat
yang senyap dan yang bising
itu lah dia
Al-Quran yang berkata-kata
dan MAUT yang sentiasa senyap
datang tanpa di duga
hadir tanpa di pinta

Wednesday, May 20, 2009

1st Timer



Penang, Ouh Pulau Pinang








Feri , masih lagi menjadi pengangkutan di penang, mengubungkan antara Tanah Besar dan Pulau Pinang. Tambang menaiki feri menggunakan kereta RM7 , Motorsikal Rm1.20 dan berjalan kaki rm0.60...walaupun jambatan sepanjang 13.5km yang siap dibina dan dibuka pada 14 sept 1985, namun khidmat feri masih diingati dan di perlukan











Padang Kota





Padang kota, salah satu tempat bersejarah di Penang.


Tempat di mana berlangsungnya perayaan besar, Lunar New Year (called by people in mainland china or taiwan) aka Chinese New Year.



Kemudian Sepoy (from the Hindustani word sipahi) gunakan untuk latihan menembak dari tahun 1890 to 1954.



Sekrang Padang Kota sudah menjadi tempat bersantai, berpeleseran, rehat-rehat untuk semua golongan dan semestinya muda-mudi yang ramai. Bila malam minggu, memang ramai la golongan belia dan remaja duduk berasmaradana di sana..



Di tepi dan sekeliling pula, seperti biasa terdapat penjaja yang bersusun di sepanjang bahu jalan.



Seronok kena tiupan bayu laut bila duduk di sepi pantai...






BUKIT BENDERA








Bukit Bendera aka Penang Hilll terlatak pada ketinggina 830 (2,722 kaki) pada paras laut. Pengunjung boleh naik menggunakan keretapi, di mana landasan ini siap di bina pada tahun 1923 oleh Mr. Johnson dari F.M.S. Railways dengan kos sebanyak $1,573,266 dengan menggunakan buruh paksa seramai 750 orang.




untuk naik ke atas, perlu menaiki dua keretapi.ada transit di pertengahan perjalanan





Cenderahati dari pihat British..



Tempat nak naik keretapi, Bukit Bendera





Friday, April 24, 2009

Nafsu vs taat+sabar


Jika nafsu seseorang cenderung kepada taat
tidak terpaut oleh hiruk pikuk maksiat
dan di ikuti pula anggota badan berbuat
semua itu adalah permberian dan nikmat
kemuliaan menghadangnya di Darul Kulud
saat dipotong ponok orang membuat maksiat


semalan kau lewat sebagai saksi yang adil
hari ini juga menyaksikan perbuatanmu
jika semalam kau berbuat buruk
lipatkanlah kini dengan kebaikan,
engkau terpuji
jangan kau tunda perbuatan baikmu sampai esok
barangkali esok akan datang
tetapi engkau telah tiada telah
kau lakukan dosa kau inginkan
kau tunda juga taubatmu di masa datang
sedang mati datang di saat tiada di duga
itu bukan perbuatan orang yang berakal



siapa sabar atas bala
sampailah ia terpenuhi
tidak perlulah engkau bersedih
jika dunia menawarkan kemerlapannya
maka sabar terhadapnya
alamat kebaikan dan warak
patahkan nafsu selalu
kan kau dapat apa yang kau ingini


sabar itu kunci cita-cita
selalu menolong tiada hentinya
sabarlah meskipun panjang beberapa malam
barangkali kedukaan bertukar kepada kesukaan

barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
yang tidak mungkin itu tidaklah ada
sabar itu tali iman yang terkuat
benteng pertahanan dari tipu syaitan
sabar punya akibat terpuji
akibat tergesa-gesa adalah rugi

jika kau bertemu saat menyedihkan

itu biasa tabiat zaman
kenakan baju kesabaran


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails