Saturday, May 15, 2010

Vacation FOC









...HUhuhu, saper2 mo pegi bercuti FOC ke destinasi pilihan...
MAS tgh bermurah hati nk lanje korang vacation nie...
penat seh antar, tp luck xder sbelah aku lak
so, saper2 yang rasa diri tu memang ada tuah maka layari lak laman web di bawah

sekain sahaja informasi, g, luck dude....



Saturday, May 8, 2010

My Beloved




setiap detik,
setiap saat,
setiap minit,
setiap jam,
setaip hari,
setiap bulan,
setiap tahun,
masa yang berlalu
kasih dan sayang pada IBU
tak mungkin akan padam
biar lah di siram air selautan
api cinta dan sayang tetap marak

kau nadiku
sumber inspirasi
kau ratuku
penyambung nafasku
kau segalanya
oh IBUku

kau ada
ketika sedih
kau pelukku
ketika ku sejuk
kau penawar
ketika ku duka
kau penyejuk
ketika ku derita
kau penyeri
ketika ku suram
kau semangat
ketika ku lemah
kau senyum
ketika ku suram
kau bertenaga
ketika ku lemah
kau insiprasi
ketika ku buntu
kau segalanya IBU


Ya Allah redhai dan berkatilah hidup IBU ku
Berikan aku kekuatan dan masa
untuk membalas
walau seperseluluh segala jasa-jasa IBU

Selamat Hari IBU
Happy Mothers Days My Beloved MUM



Wednesday, April 28, 2010

Bila Agama tidak seiringan dengan Tamadun

Lucu

Salam 13 jamadilaawal 1431/1703.

Kadang-kadang lucu bila duduk sorang-sorang , kemudian baca wall post kat FB. Orang zaman sekarang sangat tidak suka menjaga tepi kain org, apatah lagi bila ada orang yang menjaga tepi kain diorang, lagi la mengamuk . Tapi, secara tidak langsung kalau fikir halus-halus, ape sahaja yang di tulis pada wallpost tu, kejadian yang berlaku pada dia sendiri. Bukan ke sama je tindakannya Cuma bezanya ini secara direct.

Tidak kira la, buruk ke, baik ke, kutuk org sana ke , kutuk orang sini ke, luahan perasan ke, apa-apa sahaja. Mamat-mamat rock kapak, mat rockers, muka ganas mcm rimau pun, tp bila baca wallpost keluar pula ayat2 bunga. Rupanya jiwang kalahkan org skema. romantik kalahkan shakespreas. lucu.

Bukan nk kutuk atau mengata. Tp cuba cakap reality depan mata. Bukti xperlu la tunjuk, takut memalukan dan buka aib orang. Alah, buka je sendiri Fb masing-masing. Tentu ada dan pasti jumpa.

Bila tengok wallpost orang nie byk sangat komen. Mahu juga lah post. Tp, agak kurang bernasib baik sebab hasil tidak memuaskan.ish, bencik3x…hahah.padan muka. Kalau xsalah orang dulu-dulu cakap. Perbuatan ni ibarat membuka pekung di dada. Suka hati diorang je mahu tulis, tidak kira la menampakkan keburukan orang ke kejahatan dia ke, tp kalau untuk kebaikan dan nasihat macam sebahagian tu, Alhamdulillah.

Ringan sangat tangan nak menaip, otak pulak berat nk pikirkan yang berat2, maka keluarlah 1001 macam ayat. Ayat-ayat ringan je. sempoi. Tapi tidak sampai seringan meninggalkan solat dan seberat menjaga amanah. Orang lain pulak sibuk perasaan even sekecil zarah, menghitung macam dalam Surah Az-zilzal *kegoncangan*.Hebat

Berkarya itu bagus bukan tidak boleh, orang Arab pun suka berkarya. Berpuisi, bersyair, bersajak dan macam-macam lagi, tapi biarlah kena dengan tempat dan sesuai dengan cara. Annisa cakap mood itu di cari bukan ia datang sendiri dan lg, tulisan yang bagus bukan ditempat yang selesa tetapi di tempat-tempat yang sulit dan sukar. Penjara mungkin.

Sunday, April 18, 2010

Si Comel di dalam Tong Sampah


Apabila , era di mana seks di anggap perkara 'biasa'
tiada kuasa untuk tegur dan menasihati 'hak peribadi'
yang menyepikan moral, etika dan agama
maka lahirlah insan malang di dalam 'tong sampah'

Sunday, February 14, 2010

Jangan Hina Nabi KU lagi


Mula2 sekali cerita pasal bakar gereja. kemudian bakar surau( di muar). kemudian kepala khinzir dan duit kertas (lambang kedaulatan raja).
Kalau yang xmahu ambil tahu, rasanya macam dah senyap. tp, kalau yg busy body nak tau, kes nie masih hangat. kalau tidak masakan polis masih berjaga di masjid masa aku p sembahyang jumaat. tp, mungkin untuk berjaga2 kot (sangka baik). lepas tu, tup tup...kuar citer psl lynette lincoln and joanna ann.



Bila semua orang diberi hak sama rata. Akan muncul golongan yang berfikiran liberal dan melampai batas dan tak tahu jaga kepentingan orang lain.
Hasil daripada tindakan segelintir umat yang melebihkan hawa nafsu dari akal, maka ini terjadi. rentetan dari kes membakar rumah ibadat, akhirnya kepada yang lebih rumit. pergaduhan kaum, bangsa dan agama.
akhbar dan media massa kena la pandai sket, mainkn peranan. telus biar bertempat.
tindakan agresif macam nie la yang paling tak best.rasa macam dah besar, dah cukup pandai, dah tahu semua, maka boleh la tulis suka hati. "pendapat masing2 kan". ye mmg la betul pendapat masing2. tapi jgn lah terlalu open. macam minta puji nie. bila baca, memang sait hati. sbb yang di hina ialah Nabi Muhammad SAW. Nabi kita. Ini sangat melampau. sangat2 melampau. mudah2an aku x jumpa mereka berdua nie. kalau ada dpn mata, aku pun xjangka apa yg jadi.






Tuesday, February 2, 2010

AKU SEDIH

kalau duit boleh beli semula kawan, aku akan cari duit banyak2.

kalau duit boleh beli beli hubungan itu, aku akan kumpul banyak2.

kalau semua pasal duit, aku akan cari sungguh2.

kalau semua benda berpunca dari duit, aku gadaikan semua untuk duit...

tp, aku bukan hamba duit

kalau itu yang kau cari aku x halang

kalau itu yang kau mahu maka aku izinkan

tp, macam mana keadaan Dia bila kau tiada

aku SAYANG dia

aku SAYANG kau

tapi kau bukan anak kecil

dia pun bukan budak hingusan

kau ada jalan sendiri

dia ada fikiran dan akal

moga aku, kau dan dia

akan bersama semula

suatu hari nanti

aku rindu masa kita bersama

kau teman sejati

dan dia melebihi segala

aku SAYANG kau dan dia

sungguh aku SAYANG kalian

puncak SAYANG da RINDU aku

tiada hujung tiada akhir tiada henti

hanya linangan air jernih menggambarkan

aku sedih kau terpaksa pergi

tanggunganmu memaksa kau pergi

aku tahu itu tanggungjawabmu

sekarang aku tiada cara

jalan terbaik untuk penyelesaian masalahmu

semoga kau peegi tak lama

kerana aku rindu saat itu

saat kita bersama

akhirnya

jika kudratku mampu

aku akan lakukan apa sahaja

agar hubungan ini tidak henti

biar kekal

sama-sama bersama

tp aku tak kuat sekarang

usahaku dayaku tidak mampu untuk itu

aku janji padamu

pada kalian aku akan terus usaha untuk itu

agar kita bersatu kembali

ketawa, minum tidur gelak bersama

bersama-sama

ah, berat sungguh untuk aku lepaskan semua

senak dadaku, serabut di benakku

adakah aku tidak menerima takdir?

tidak ada redha dalam diri ini?

Aku khilaf

Aku lemah

Aku emosi

Aku tak kuat

YA RABB, YA RAHMAN, YA AZIZ, YA AZIM, YA GHAFFAR , YA ALIM

Yang menguasai tujuh petala langit

Dan tujuh petala bumi

Serta apa yang memiliki di antara kedua-duanya

Beri aku kekuatan

Beri aku semangat

Beri aku senyuman

Beri aku hidayah mu

Bantu hambumu

AMIN YA ALLAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails