
Saturday, May 8, 2010
My Beloved

Wednesday, April 28, 2010
Lucu
Salam 13 jamadilaawal 1431/1703.
Kadang-kadang lucu bila duduk sorang-sorang , kemudian baca wall post kat FB. Orang zaman sekarang sangat tidak suka menjaga tepi kain org, apatah lagi bila ada orang yang menjaga tepi kain diorang, lagi la mengamuk . Tapi, secara tidak langsung kalau fikir halus-halus, ape sahaja yang di tulis pada wallpost tu, kejadian yang berlaku pada dia sendiri. Bukan ke sama je tindakannya Cuma bezanya ini secara direct.
Tidak kira la, buruk ke, baik ke, kutuk org sana ke , kutuk orang sini ke, luahan perasan ke, apa-apa sahaja. Mamat-mamat rock kapak, mat rockers, muka ganas mcm rimau pun, tp bila baca wallpost keluar pula ayat2 bunga. Rupanya jiwang kalahkan org skema. romantik kalahkan shakespreas. lucu.
Bukan nk kutuk atau mengata. Tp cuba cakap reality depan mata. Bukti xperlu la tunjuk, takut memalukan dan buka aib orang. Alah, buka je sendiri Fb masing-masing. Tentu ada dan pasti jumpa.
Bila tengok wallpost orang nie byk sangat komen. Mahu juga lah post. Tp, agak kurang bernasib baik sebab hasil tidak memuaskan.ish, bencik3x…hahah.padan muka. Kalau xsalah orang dulu-dulu cakap. Perbuatan ni ibarat membuka pekung di dada. Suka hati diorang je mahu tulis, tidak kira la menampakkan keburukan orang ke kejahatan dia ke, tp kalau untuk kebaikan dan nasihat macam sebahagian tu, Alhamdulillah.
Ringan sangat tangan nak menaip, otak pulak berat nk pikirkan yang berat2, maka keluarlah 1001 macam ayat. Ayat-ayat ringan je. sempoi. Tapi tidak sampai seringan meninggalkan solat dan seberat menjaga amanah. Orang lain pulak sibuk perasaan even sekecil zarah, menghitung macam dalam Surah Az-zilzal *kegoncangan*.Hebat
Berkarya itu bagus bukan tidak boleh, orang Arab pun suka berkarya. Berpuisi, bersyair, bersajak dan macam-macam lagi, tapi biarlah kena dengan tempat dan sesuai dengan cara. Annisa cakap mood itu di cari bukan ia datang sendiri dan lg, tulisan yang bagus bukan ditempat yang selesa tetapi di tempat-tempat yang sulit dan sukar. Penjara mungkin.
Sunday, April 18, 2010
Si Comel di dalam Tong Sampah
Sunday, February 14, 2010
Jangan Hina Nabi KU lagi


Tuesday, February 2, 2010
AKU SEDIH
kalau duit boleh beli semula kawan, aku akan cari duit banyak2.
kalau duit boleh beli beli hubungan itu, aku akan kumpul banyak2.
kalau semua pasal duit, aku akan cari sungguh2.
kalau semua benda berpunca dari duit, aku gadaikan semua untuk duit...
tp, aku bukan hamba duit
kalau itu yang kau cari aku x halang
kalau itu yang kau mahu maka aku izinkan
tp, macam mana keadaan Dia bila kau tiada
aku SAYANG dia
aku SAYANG kau
tapi kau bukan anak kecil
dia pun bukan budak hingusan
kau ada jalan sendiri
dia ada fikiran dan akal
moga aku, kau dan dia
akan bersama semula
suatu hari nanti
aku rindu masa kita bersama
kau teman sejati
dan dia melebihi segala
aku SAYANG kau dan dia
sungguh aku SAYANG kalian
puncak SAYANG da RINDU aku
tiada hujung tiada akhir tiada henti
hanya linangan air jernih menggambarkan
aku sedih kau terpaksa pergi
tanggunganmu memaksa kau pergi
aku tahu itu tanggungjawabmu
sekarang aku tiada cara
jalan terbaik untuk penyelesaian masalahmu
semoga kau peegi tak lama
kerana aku rindu saat itu
saat kita bersama
akhirnya
jika kudratku mampu
aku akan lakukan apa sahaja
agar hubungan ini tidak henti
biar kekal
sama-sama bersama
tp aku tak kuat sekarang
usahaku dayaku tidak mampu untuk itu
aku janji padamu
pada kalian aku akan terus usaha untuk itu
agar kita bersatu kembali
ketawa, minum tidur gelak bersama
bersama-sama
ah, berat sungguh untuk aku lepaskan semua
senak dadaku, serabut di benakku
adakah aku tidak menerima takdir?
tidak ada redha dalam diri ini?
Aku khilaf
Aku lemah
Aku emosi
Aku tak kuat
YA RABB, YA RAHMAN, YA AZIZ, YA AZIM, YA GHAFFAR , YA ALIM
Yang menguasai tujuh petala langit
Dan tujuh petala bumi
Serta apa yang memiliki di antara kedua-duanya
Beri aku kekuatan
Beri aku semangat
Beri aku senyuman
Beri aku hidayah mu
Bantu hambumu
AMIN YA ALLAH
Monday, December 21, 2009
ANDAI

Andai waktu itu seperti permain video..
akan ku ukir jalan cerita yang menarik.
tidak perlu duka
hanya suka
Aku edit
Aku ubah
Aku gubah
Jadi baik
Andai ceritanya suram
Aku ubah jadi riang
Andai hidup ini lakonan
Akan aku lakonkan degan baik
Agar dapat habuan lumayan
Agar aku dikenali
Nama aku gah
Aku celebriti
Andai ada mati
Aku potong babak itu
Andai ada tangis
Aku buang bahagian itu
Andai ada sedih
Aku ubah
Agar semua sempurna
Andai aku punya kuasa
Akan Aku sambung segala
Agar tiada hubungan terputus
Segala yang pecah
Akan ku camtum
Agar semuanya bersama
Semua yang jauh akan kudekatkan
Agar tiada yang bermasam muka
Segala yang salah aku ku betulkan
Biar semua tidak memendam rasa
Yang retak
Akan ku cantum
Yang patah
Akan ku aku sambung
Yang hilang
Akan ku cari
Tapi hanya jika itu semua ANDAI
Kalau pun semua benda andai, Kehidupan tidak pernah seronok.Senang. Tidak perlu susah payah lalui semua. Segalanya sudah ada, sedia depan mata. Halangan bukan nya seronok, tapi kalau tiada bukan juga suatu yang menggembirakan.
